Seorang lelaki gagal mengaburi pihak berkuasa selepas dicekup berkhalwat dengan pasangannya di rumah sewa wanita berkenaan di Taman Sri Pinang, Kulim, Kedah.
Artikel Berkaitan: Suami Kerja Shif Malam, Isteri Dicekup Khalwat Dengan Kawan Baik Suami Umur 61 Tahun
Bagi alasan nak ambil air
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan memberi alasan datang ke rumah teman wanitanya hanya untuk mengambil air kerana bekalan di rumahnya terputus.
Menurut Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, pasangan itu ditangkap selepas adanya aduan dibuat orang awam mengenai kegiatan maksiat dirumah terbabit.
Hasil pemeriksaan mendapati, keadaan pintu rumah itu tertutup dan berkunci dari dalam.
Tambah Anwar lagi, pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka berkhalwat.
Kedua-dua pasangan itu kemudiannya dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro