berita

‘Bagi Filem Saya Bernafas’- Terima Review Negatif Selepas Ditayangkan, Pekin Dakwa KL Wangan Disabotaj?

December 27th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Penantian peminat filem aksi permotoran tanah air kini berakhir apabila pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim berjaya menyiapkan filem KL Wangan dan kini sudah tiga hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Pekin kini dilihat sedang giat mempromosikan filem yang menelan belanja sebanyak lima juta itu.

Namun, tak sampai tiga hari filem ini ditayangkan, seorang pengamal media tempatan telah memberikan ulasan yang negatif terhadap filem tersebut. Perkara tersebut mengundang rasa tidak puas hati Pekin dengan menganggap tindakan individu tersebut seperti mensabotaj periuk nasinya sedangkan filem Pencuri Hati Cinderella arahan Ahmad Idham diberi review positif sehingga filem tersebut ditayangkan di Astro First.

Saya bukan jual nasi lemak seringgit

Dah kantoi?

Pagi ini, Pekin menerusi Instagramnya telah memuat naik gambar yang menunjukkan terdapat ‘double standard’ ketika pengamal media tersebut menulis review mengenai filemnya berbanding filem arahan Ahmad Idham. Di akhir review wartawan tersebut turut ditulis ‘ Anda pasti kecewa’. Tindakan tersebut seolah-olah tidak memberi ruang kepada filem KL Wangan untuk bertapak seketika di pawagam.

Penonton bijak menilai

Namun, penonton kini dilihat lebih bijak untuk menilai sama ada filem tersebut berkualiti atau tidak. Pengamal media berhak mengeluarkan pendapat tetapi janganlah sampai menutup periuk nasi pengarah tersebut. Berilah ruang filem berkenaan untuk bernafas seketika di panggung barulah dinilai.

Sokonglah filem tempatan kerana jika bukan anda siapa lagi. Semoga Pekin tidak putus asa dalam isu ini dan teruskan berkarya. Jangan risau Admin pasti filem KL Wangan akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat filem tempatan.

Sumber: Pekin Ibrahim

 

SKIP THIS AD ×