Sebelum ini, netizen telah meluahkan pelbagai pandangan mereka berhubung 12 lagu yang layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-35. Menurut netizen, mereka merasakan ada lagu lain yang lebih layak ke final berbanding pilihan juri.
Artikel berkaitan: ‘Juri Sama Je Setiap Tahun, Tukarlah!’ – Ramai Tak Puas Hati Pemilihan 12 Lagu Ke Final AJL35
Di Facebook, Dato Ac Mizal dipercayai telah memuat naik beberapa posting berhubung isu pemilihan 12 lagu yang layak ke AJL35 baru-baru ini. Sebagai seorang penyanyi, beliau didakwa telah melontarkan pandangannya mengenai perubahan yang perlu dilakukan oleh industri muzik pada masa kini.
Bagi orang baru mengadili
Bagi orang baru mengadili lagu zaman kini untuk memajukan industri muzik dan baru ada kemajuan! Bertahun asyik lagu bunyi sama jer hmmmm! Setuju atau tidak? Dah berzaman lagu genre sama dan cara nyayian yang sama. I think it is about time to CHANGE! Let the new generation feed our music industry dengan corak muzik dan nyanyian terkini! Juri pun kena terkini lah! Jemput juri yang relevant to our latest market terkini bukan juri yang masih di zaman dulu je! Peminat dan pendengar semakin hauskan muzik terbaru bukan nak dihidangkan dengan lagu yang tak mengikuti trend terkini!
Menurut Dato Ac, industri muzik pada masa kini perlu ada kemajuan dan memerlukan orang baru untuk mengadili muzik tersebut. Tambahnya, setiap tahun lagu yang didakwa layak ke pentas AJL adalah genre dan bunyi yang sama. Dato Ac juga dipercayai memberi saranan agar juri pertandingan tersebut perlu ditukar dan digantikan dengan juri yang relevan. Ini kerana, mereka didakwa layak untuk melakukan penilaian mengenai trend muzik masa kini.
Nyanyian dan lagu tidak akan berkembang
Mana lebih baik untuk menentukan lagu itu bagus atau tidak. Juri atau jutaan peminat yang menonton VC atau download lagu terkini? Masa dah berubah, citarasa dah berubah. Kalau kita di masih berpandu pada cita rasa yang lama maka ARTIS tidak berani buat pembaharuan sebab susah nak masuk radio dan tv maka industri hiburan kita terutama NYANYIAN DAN LAGU tidak akan berkembang. Persoalan yang perlu dijawab adalah LAGU TERBAIK selalunya bukan semua popular dan LAGU POPULAR adalah yang terbaik buat pendengar terkini. So kalau tak ada pemahaman tentang lagu-lagu terbaru (style nyanyian atau sound music) maka industri kita tidak akan berkembang.
Mengulas lebih lanjut, Dato Ac turut mendakwa sekiranya industri muzik tidak berubah, artis-artis akan berasa takut untuk membuat pembaharuan terutama dalam nyanyian dan lagu. Di akhir posting tersebut juga, Dato Ac mendakwa bukan semua lagu terbaik akan menjadi popular dan terbaik buat para pendengar. Tambahnya, lagu-lagu terbaru ini memerlukan pemahaman dan gaya tersendiri untuk disampaikan.
Sumber: Dato Ac Mizal