berita

‘Bagi Semua Baru Adil’ – Pengeluaran KWSP Akaun 1 Untuk Pekerja Terjejas Sahaja, Ini Respon Netizen

November 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 mereka mulai Januari tahun depan.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2021: Pengeluaran RM500 Sebulan Daripada Akaun 1 KWSP Dibenarkan

Namun begitu, segelintir netizen telah meninggalkan komen tidak bersetuju dengan had pengeluaran yang telah dibenarkan oleh kerajaan iaitu RM500 setiap bulan untuk jangka masa setahun. Tambahan, pengeluaran tersebut hanya dibenarkan untuk mereka yang terjejas dengan situasi semasa.

Bagi semua orang merasa

Menurut netizen, pengeluaran Akaun 1 KWSP perlu dilakukan sama seperti I-Lestari. Semua masyarakat berpeluang untuk merasa duit mereka sendiri. Tambahan, wang simpanan di Akaun 1 lebih banyak daripada Akaun 2. Di samping itu, netizen turut meluahkan perasaan kecewa kerana mereka yang bekerja tidak semestinya dikira mampu dan tidak terjejas dengan situasi semasa.

Bersyukur bagi yang sangat memerlukan

Namun begitu, terdapat juga perbalahan pendapat dalam kalangan netizen. Segelintir netizen meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kebenaran untuk mengeluarkan Akaun 1 selepas ini walaupun, jumlah pengeluaran tidak seperti yang diharapkan iaitu RM10 ribu. Tambah netizen, RM500 mampu membeli barangan keperluan terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil.

Sumber: OhBulan!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×