berita

Bagi Skandal Pandu Kereta, Suami Kantoi Curang Selepas Isteri Dapat Surat Saman Ada Wajah Wanita

December 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Tindakan seorang suami yang dipercayai berlaku curang akhirnya terbongkar selepas isterinya menerima surat saman memandu melebihi had laju yang ditetapkan di Terowong Rheinufer, di Dusseldorf, Jerman daripada pihak polis. Difahamkan, saman tersebut dihantar bersama bukti memaparkan seorang wanita yang tidak dikenali memandu kereta milik suaminya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Artikel Berkaitan:Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Perbuatan suami akhirnya kantoi

 

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Mail, si isteri berasal dari Jerman, telah menerima surat saman yang dikirim ke alamat rumahnya termasuklah gambar seorang wanita sedang memandu kereta jenis BMW milik syarikat digunakan oleh suaminya.

Wanita ini pada mulanya, ‘kehairanan’ berikutan dia sama sekali tidak memandu kereta ketika tarikh saman tersebut dikeluarkan dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Dalam gambar tersebut, anak guam saya melihat terdapat seorang wanita yang memandu kereta itu dan dia mula berasa gementar kerana dia tidak mempunyai lesen memandu.

Suami akhirnya mengaku

Sekadar gambar hiasan

Hasil soal siasat, si suami akhirnya mengaku dan menjelaskan wanita yang terpampang dalam gambar tersebut adalah teman wanitanya. Namun, wanita (skandal suami) berkenaan sama sekali tidak datang ke mahkamah dan dia dipercayai telah ‘berpindah’ ke luar negara bersama-sama kereta kekasihnya iaitu BMW.

Si isteri yang sepatutnya dibicarakan atas pertuduhan tersebut akhirnya dibebaskan oleh hakim berikutan pihak mahkamah mendapati bukan dia yang memandu kenderaan berkenaan.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×