berita

Baguih Betoi La Misi-Misi Ni…

March 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Menggalas tanggungjawab sebagai jururawat bukan satu tugas yang mudah. Mereka bertanggungjawab untuk memastikan pesakit dalam keadaan baik meskipun berkorban masa cuti hujung minggu bersama keluarga.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nazirah Nur Mukmin, meluahkan rasa syukur apabila melihat pengorbanan dan tugas jururawat untuk memastikan setiap bayi diberi vaksin. Memang salute semua jururawat di Malaysia!

Punyalah gigih misi-misi mai rumah

Harini di area rumah kami ada misi-misi mai buat semakan imunisasi.

Saya tertanya-tanya, apa pasai hari Ahad depa ni gigih la mai. Orang lain hari Ahad enjoy berjalan pi sana sini, bergolek atas tilam, tengok hindustan, isy-isy depa ni.

Saya tertanya-tanya, gaji depa bertambah ka dok round rumah satu demi satu ni? Maybe ada hat tak layan. Depa nak apa ni?

Saya cuma nak kata syukur kita rakyat Malaysia. Punyalah gigih misi-misi ni mai pulak dok tanya dari pintu ke pintu. Ni semua nak pastikan komuniti kita sihat terjaga. Hampa tau dak, kalau ustaz dok ceramah pasai maqasid, Misi-misi ni sedang dok buat maqasid syariahlah ni. Depa lagi hebat dari kami ustaz ustazah. Kami ceramah saja. Depa ni dia pi buat teruih. Hebat-hebat.

Terima kasih misi-misi semua

Kalau ada orang kata depa ni kacau privasi cuti hari Ahad hampa, hampa memang takdak perasaan. Depa ni korban masa, tenaga, dan waktu bersama anak dengan suami di rumah demi nak memastikan kita-kita ni ikut nasihat KKM. Hampa sanggup ka?

Anak saya dulu tak vaksin, tapi tak dak la misi kerajaan marah kami laki bini. Depa nasihat elok sampai kami ambik semula suntikan yang tertinggal. Kalau lambat pi tarikh appointment, depa la sabaq telepon kami laki bini. Saya tak tau la depa ni makan apa nala punya sabaq lagu ni. Kalau kita la, ikut la hampa tak mau mai. Bukan sorang, barangkali beratus-ratus. Adui kesiannya kat depa.

Terima kasih misi-misi semua. Semoga Allah turunkan keberkatan pada rezeki kalian, semoga Allah gantikan masa-masa kalian dengan kebahagiaan dalam rumah tangga, direzekikan anak-anak yang soleh dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

Terima kasih!

-Saya pilih imunisasi untuk anak-anak saya-

Sumber: Nazirah Nur Mukmin

SKIP THIS AD ×