berita

‘Bagus, Ini Yang Saya Nak’- Beri Vaksin Untuk Anak, Bapa Muda Ini Dipuji Tun Siti Hasmah

June 6th, 2016 | by Ai
Kini Trending

Imunisasi-BCG

Kecoh juga dulu bila cerita isu vaksin. Ada parents yang tak nak vaksin anak diorang sebab kononnya konspirasi dunia untuk melemahkan umat Islamlah, lepas tu kita mudah terkena penyakitlah. Entah mana punya rumors yang diorang baca ni pun kami tak tahu. Para doktor dah puas kempen supaya masyarakat berikan vaksin berjadual kepada anak mereka tapi peratusannya tak memberangsangkan.

Tapi, lain pulak dengan kisah bapa muda ni. Dia dapat peluang jumpa dengan Tun Siti Hasmah, isteri kepada Tun Mahathir Mohamad dalam satu event dan diorang ada bercerita pasal vaksin. Kami kongsikan pada korang kisah unik beliau.

Berapa banyak vaksin?

13308201_10154175915544323_8649055077520757084_o

“Your first child?” Aku jawab ya. Dan kemudian dia terus selit soalan kedua, umur berapa dah? Otak aku ligat berpusing mengira. “Setahun 9 bulan,” aku jawab. Masih lagi nak terikut dengan kiraan bulan sedangkan sepatutnya umur budak kalau dah setahun dan ke atas kita jawab ikut tahun je.

Tapi soalan kedua Tun Siti yang buat aku jem bila dia tanya; “So how many vaccinations taken?” Bab ini aku gagal tak boleh kira, sebab aku bukan ingat berapa cuma ikut saja jadual diberikan bulat-bulat. Tapi aku yakin vaksinasi anak aku ‘up to date’. Jadi aku ambil jalan selamat dan jawab; “Tak pasti berapa banyak, but we’ve taken all vaccinations required by the government.”

Terus Tun Siti senyum dan jawab; “Haa bagus. Ini yang saya nak. Am so sad nowadays there are parents who don’t want to vaccinate their child. All these years I was in service with the government promoting vaccinations and I feel wasted when they don’t want to take it.”

Pro vaksin bukan anti vaksin

Begini-Cara-Kencan-Singkat-untuk-Pasutri-yang-Baru-Punya-Bayi1

Ya, Tun Siti pernah berkhidmat sebagai doktor kerajaan selama 22 tahun. Dan dia juga salah seorang tokoh utama dalam menggalakkan vaksinasi di kalangan kanak-kanak. Aku jawab keluarga aku pro-vaksin dan bukan anti-vaksin. “Plus my mum used to be a nurse in the government so definitely we vaccinate,” aku tambah. Tun Siti teruja dan senyum. Kemudian pegawai pengiring Tun Siti menyampuk sambil bersuara lembut; “Tun Siti, we have to go. Tun dah sampai.”

Ya, masa aku bercakap dengan Tun Siti, Tun Mahathir masih lagi berjalan di belakang sambil bersua orang ramai. Tapi sebaik sahaja Tun Mahathir semakin menghampiri kereta mereka, itu adalah ‘cue’ untuk Tun Siti masuk terlebih dahulu dan berada di dalam kereta. Kontra dengan waktu ketibaan, bila Tun Mahathir akan keluar dari kereta dahulu kemudian diikuti Tun Siti.

Vaksinasi anak kita semua

vaksin imunisasi penting

Dan kesimpulannya dalam kisah ini ada dua:

1) Vaksinasi anak kita semua, jangan nak memandai kata zaman Nabi dulu tak guna vaksin jadi kenapa sekarang nak guna. Zaman Nabi dulu Facebook pun tak ada tapi geng anti vaksin, geng beranak di rumah ni main Facebook juga.

2) Tun Mahathir dan Tun Siti masih ‘couple’ yang ‘cool’ tetapi tetap mengikut tertib yang sesuai.

 

Sumber: Lucius Maximus

SKIP THIS AD ×