Di Synergy Square Sarawak, mayat seorang wanita warga Kanada ditemui dalam keadaan busuk di dalam sebuah rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, penemuan mayat warga emas itu dilaporkan oleh seorang wanita tempatan selepas terhidu bau kurang menyenangkan di tingkat bawah kediaman sewanya kira-kira pukul 4 petang, semalam.
Timbunan kotak tisu
Berikutan daripada itu, pihak polis telah tiba ke lokasi dan mengumpil pintu hadapan rumah wanita terbabit dengan besi kerana berkunci dari dalam.
Sebaik saja pintu hadapan rumah berjaya dibuka, terdapat timbunan kotak tisu dalam rumah berkenaan. Mayat simati dijumpai terbaring terlentang di tepi timbunan kotak tisu yang berselerak. Keadaan simati ketika dijumpai berulat dan bahagian muka dalam keadaan tidak sempurna.
Ujar Abang Zainal lagi, wanita itu tinggal berseorangan di rumah tersebut dan dipercayai sudah menetap di situ lebih kurang 10 tahun. Hasil pemeriksaan, pihak polis turut menjumpai pasport wanita itu. Wanita tersebut dikenali sebagai Tan Onn Har berusia 82 tahun.
Pasukan perubatan daripada Hospital Umum Sarawak yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan kematian simati dan tiada sebarang tanda-tanda jenayah mahupun penemuan objek tajam atau tumpul di tempat kejadian iaitu di atas katil wanita itu dijumpai mati.
Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Usaha mengesan ahli keluarga mangsa turut dilakukan.
Sumber: Harian Metro