Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila sebuah premis makanan menyediakan hidangan minuman dan makanan dalam tin. Ianya menjadi perhatian ramai kerana hidangan tersebut dianggap hipster.
Akibat dari itu, Kementerian Kesihatan Malaysia terpanggil untuk memberikan beberapa sebab kenapa anda semua perlu elak meminum atau memakan hidangan dalam tin menerusi laman rasmi Facebooknya.
Netizen minta KKM mengulas perkara tersebut
Komen dari KKM
Adakah makan atau minum menggunakan bekas tin susu selamat?
Persoalan ini timbul apabila sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu dan menjadi viral di media sosial.
Sebelum ini sebuah premis makanan juga dikatakan menghidangkan nasi kukus tin.
Pengguna media sosial mendesak KKM memberikan pandangan.
Admin kongsikan dua komen daripada pegawai perubatan tetapi ini bukan kenyataan rasmi KKM.
Komen 1
1. Risiko kencing manis.
2. Risiko bahaya luka atau trauma pada kawasan muka
3. Risiko keracunan makanan jika tin kotor/karat etc.
Kesimpulannya sangat tidak digalakkan untuk dihidang minuman dalam tin.
Komen 2
Pasal minum teh dalam tin tu. Ni saya punya pendapat peribadi…
Perlu berpada-pada untuk membuat sesuatu yang hipster bagi menarik perhatian orang ramai.
Utamakan keselamatan dan kesihatan.
Bayangkan beberapa perkara yang boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu 3 serangkai kesan daripada kencing manis.
Jadilah kapitalis yang beretika.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia