Pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu’ iaitu Aina Abdul menerima pujian daripada netizen berikutan fesyen dan penampilannya sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Cantiknya!
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Target Turun Berat Badan Lagi 7kg Sebelum Konsert MPO – ‘Menyanyi Dengan Orkestra Sangat Berbeza’
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Teruja Kongsi Pentas Dengan Ailee, Bakal Buat Persembahan Pembukaan
Cantiknya Nurul Aina!
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di Instagram, Aina meluahkan rasa gembira ketika membaca komen peminat walaupun ada di antara mereka berseloroh mengatakan dia ‘cuti’ daripada menggayakan busana luar kotak.
Bulan ini ramai cakap Aina Abdul cuti. Sejujurnya saya gembira membaca reaksi semua tentang penampilan saya, baik yang okay ataupun tidak. Baik sebagai Aina Abdul mahupun Nurul Aina, saya masih menjadi diri saya iaitu Aina.
Aina turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan perhatian kepadanya setiap kali membuat kemunculan secara umum.
Terima kasih kerana sentiasa mengambil perhatian terhadap penampilan saya di setiap kemunculan. Terima kasih kepada team yang menyiapkan Aina sepanjang bulan Ramadan ini.
Sumber: Aina Abdul