Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga sejak 14 April lalu. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kelonggaran kepada beberapa sektor tambahan untuk beroperasi dengan berpandukan penjagaan kesihatan.
Terbaru, kelihatan ratusan kenderaan membanjiri jalan raya di Jambatan Pulau Pinang dan Bayan Lepas. Menerusi laporan BH Online, kenderaan mula bersesak sebelum pihak polis membuat sekatan jalan raya. Rata-rata netizen kurang berpuas hati dengan sikap segelintir masyarakat yang pentingkan diri sendiri.
‘Lockdown je 14 hari’
Netizen kurang berpuas hati melihat sikap segelintir rakyat yang masih tidak memberi kerjasama sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan. Ada di antara mereka mencadangkan untuk ‘lockdown’ negara selama 14 hari demi membendung penularan gejala ini. Disebabkan sifat rakyat sedemikian, ada diantara mereka juga terpaksa berkorban diri berjauhan dengan keluarga di perantauan.
‘Kasihan pada orang yang duduk rumah’
Tidak dinafikan, situasi sebegini bakal terjadi apabila pihak kerajaan membenarkan beberapa sektor tambahan untuk beroperasi. Malah, ada juga di antara mereka berpendapat tidak setuju dengan cadangan MITI membenarkan majikan dan pemaju meneruskan projek tertangguh.
‘Kerajaan kena fikir cara lain’
Netizen berpendapat sekiranya ramai yang keluar semata-mata untuk bekerja kemungkinan besar gejala ini sukar untuk dibendung. Mereka juga mencadangkan agar pihak kerajaan untuk duduk semeja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membincangkan jalan yang terbaik demi negara. Malah, ada yang tidak bersetuju untuk PKP diteruskan sekiranya senario ini terus berlaku dengan melihat pertambahan kenderaan di jalan raya.
Sumber: Berita Harian