Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong memilih aktres Anna Jobling untuk memegang watak utama dalam filem baharu arahannya yang berjudul Lembayung.
Artikel berkaitan: Baim Wong Jadi Mangsa ‘Scammer’, Minta Orang Ramai Lebih Berhati-Hati
Artikel berkaitan: Tular Foto Anna Jobling Dicium Artis Indonesia? Netizen Bingung Ada Kata Edit, Ada Kata Tidak?
Puji bakat Anna
Menerusi perkongsian di Instagram, Baim memberitahu dia sanggup terbang ke Malaysia untuk mencari pelakon yang sesuai membawakan watak sebagai Tantri di dalam filem seram tersebut.
Pemilihan Anna memerlukan waktu berbulan-bulan kerana saya mahu pelakon yang ada imej segar untuk berlakon sebagai Tantri.
Saya pun harus terbang ke Malaysia kerana ingin mencari pelakon yang sesuai untuk Tantri.
Kata Baim, proses uji bakat yang dilakukan bersama Anna hanya mengambil masa satu hari sebelum membuat keputusan untuk memilihnya sebagai watak utama untuk filem Lembayung.
Malah, dia turut memuji bakat lakonan Anna.
Perjalanan uji bakat sangat singkat, satu malam saja dan terus terbang semula ke Jakarta.
Dan ternyata, Anna bagus sangat.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram