Azam tahun 2016 nak tamatkan zaman bujanglah. Tapi dah ada calon ke? eh! ramai je calon. Ada ke antara korang yang merancang nak mendirikan rumah tangga tahun ni? mesti ramai kan. Macam mana nak buat bajet dalam keadaan ekonomi yang kita semua tahu agak goyah.
Kalau dahulu bajet dalam RM10k ke RM15K dah cukup nak buat majlis yang grand. Tapi itu yang mampu la, ada je yang kahwin bawah RM10k majlis tip top. Ramai yang tak dapat nak bezakan antara bajet kahwin dengan bajet keluarga. Ha! kalau korang tu tengah dalam perancangan nak kahwin, sini admin nak bagi tahu beza bajet kahwin dengan bajet keluarga.
Bajet kahwin tak sama dengan bajet keluarga?
(Sekadar gambar hiasan)
Berkahwin bukan sekadar untuk mengadakan majlis besar-besaran, sebaliknya perkahwinan merupakan satu proses membentuk sebuah keluarga.
Dari sudut kewangan atau bajet, juga terbahagi kepada dua iaitu bajet kahwin dan juga bajet keluarga, erti kata lain bajet kahwin adalah ketika majlis dan bajet keluarga adalah bajet selepas majlis.
Maljis perkahwinan biasanya hanya mengambil masa sehari, jadi janganlah kita terlalu memfokuskan bajet ke arah itu. Tapi kalau ada yang nak sponsor cepat-cepat ambil la ye.
Biasanya perbelanjaan selepas kahwin itu akan meningkat dari semasa ke semasa sebab isteri kome dah berbadan dua!!! Ha banyak nak guna duit tu. Jangan khuatir sebab anak itu rezeki untuk pasangan di samping dapat melengkapkan institusi sesebuah keluarga.
Merancang pembelian rumah kediaman
(Sekadar gambar hiasan)
Ia gunanya untuk sesebuah keluarga mendiaminya. Jika harga sebuah rumah RM200,000, sesebuah pasangan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20,00 ke RM30,000 yakni 10%-15% untuk deposit dan yuran-yuran lain untuk membeli rumah.
Merancang pendidikan anak.
(Sekadar gambar hiasan)
Ibu bapa yang baik ialah ibu bapa yang dapat menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pendidikan yang baik tidak semestinya mahal, namun selalunya ia memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan yang baik.
Perancangan persaraan.
(Sekadar gambar hiasan)
Biarpun pasangan yang berkahwin baru berusia 25 hingga 30 tahun, namun perancangan persaraan perlu dimulakan sekarang supaya dapat bersara dalam keadaan selesa tanpa perlu berpenat lelah di usia emas dan menyusahkan anak-anak.
Perancangan menunaikan haji.
(Sekadar gambar hiasan)
Kos haji hari ini sekitar RM10,000 -RM20,000. Ia akan meningkat dari masa ke masa. Justeru, menunaikan haji di usia muda dan bertega adalah lebih baik.
Jadi kalau nak ikutkan hati memang nak buat majlis perkahwinan yang meletup dan kalau boleh nak jadi wedding of the year. Tapi ukur baju di badan sendiri sebab rezeki yang kita terima berbeza-beza.
Apa pun admin nak pesan utamakan bajet keluarga kerana kita tak tahu apa yang bakal kita tempuh di masa kan datang. Pepatah melayu yang selalu kita dengar sediakan payung sebelum hujan, dan merancanglah korang untuk masa depan yang lebih bahagia.
Sumber: Majalah Niaga