Sejak kebelakangan ini, rekaan baju batik yang dipakai oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang akhbar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi buah mulut netizen.
Macam warna kek!
Sebelum ini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ada membalas komen netizen mengenai baju-baju batik yang dipakainya sepanjang sidang media harian itu diadakan. Menurutnya tidak salah jika dia mengambil peluang ini untuk mempromosikan batik Malaysia. Malah, penampilannya itu turut mendapat perhatian pengusaha batik dari Terengganu.
Lebih menarik perhatian ramai apabila ada dalam kalangan rakyat Malaysia telah membuahkan idea kreatif dengan menyunting gambar baju batik yang dipakai pemimpin berusia 60 tahun ini dan menyamakannya dengan pelbagai jenis hidangan makanan. Kreatif kan?
Jus buah pun ada
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka turut memuji penampilan beliau.
Corak yang unik dan menarik, ditambah pula dengan kepelbagaian warna dalam satu rekaan sememangnya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada mereka juga telah terpikat dengan rekaan batik tersebut sehingga ada yang bercadang untuk memilikinya.
Tema hitam putih
Kuih seri muka baba nyonya
Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai seorang yang sangat kreatif dan pandai bergaya. Menurut mereka, penampilan tersebut secara tidak langsung mampu menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menonton sidang akhbar harian tersebut.
Ais batu campur, menarik!
Reaksi netizen
Sumber: DakuCing Ku, Pinkblushyuyu