Busana yang digayakan usahawan Haliza Maysuri ketika sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-47 mencuri tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Berhabis RM3.5 Juta Majlis Anak Lelaki, Menantu Melaram ‘Swarovski Tiara’ Dengan 233 Kristal Jernih
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Haliza Maysuri Dapat Hadiah Kereta BMW Harga RM1.6 Juta & Tasbih Emas Bernilai RM30K Daripada Suami
Busana cecah RM134k
Mana tidaknya, kebaya yang disarung jutawan tudung jenama Bawal Exclusive ini mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.
‘Kebaya’ yang diinspirasikan daro potongan kebaya Kota Bharu, Kelantan. Busana ini telah mendapat sentuhan khas oleh pelapis pereka rumah fesyennya iaitu Faizul Rani yang telah mewarisi jenama Ri Couture. Direka khas oleh rumah fesyen Adi Busana Ri Haute Couture.
Busana yang cukup istimewa ini juga diserikan lagi dengan taburan ribuan jenis batu kristal Swarovski yang diimport khas dari Austria.
15 jenis batuan berbeza bentuk dan saiz dengan 36 ribu biji batuan kristal dan manik Swarovski yang digunakan.
Lebih mengejutan apabila mendapati bahawa kos keseluruhan untuk melengkapkan busana tersebut mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia.
Busana ini bermilai lebih dari RM50,000 dan jumlah harga batuan Swarovski bernilai RM84,950. Jumlah keseluruhan busana ini adalah RM134,950.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di The St. Regis Kuala Lumpur pada malam Isnin itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Antara rakan selebriti yang hadir adalah Datin Seri Umie Aida, Datuk Nora Ariffin, Datin Anne Ngasri dan Ifa Raziah.
Jumlah cecah ratusan ribu
Sumber: TikTok Haliza Maysuri