berita

Baju Kurung Preloved Lisa Surihani Boleh Diperolehi Di Friendly Fashion

July 31st, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Friendly Fashion merupakan sebuah blog yang menjual pelbagai baju terpakai atau preloved seperti gaun, skirt, blouse, dan juga aksesori.  Kesemua baju terpakai ini boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap golongan.

Kebanyakan barangan preloved ini diperolehi menerusi individu yang ingin menjual barangan mereka secara online dan pasarkan kepada semua penggemar fesyen. Selain itu, terdapat juga selebriti tempatan yang turut menjual barangan mereka di blog Friendly Fashion, seperti Lisa Surihani dan juga Sharifah Sofea.

Bagi musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Lisa dan Sharifah Sofea telah mengambil peluang untuk menjual baju kurung preloved mereka menerusi blog Friendly Fashion. Kesemua baju kurung yang ditawarkan adalah masih lagi cantik dan sesuai untuk diperagakan di musim lebaran nanti.

Menerusi portal murai.com, Lisa turut menyatakan bahawa :

“Sudah lama saya teringin menyertai usaha yang menarik minat saya. Antara usaha tersebut termasuklah berkongsi pakaian pra-guna saya di friendlyfashion.my kerana ia membolehkan saya berhubung dengan gadis-gadis lain yang lebih gemar berkongsi pakaian berbanding menyimpannya dalam keadaan tidak dipakai.”

Jadi, bagi individu yang mempunyai banyak pakaian dan aksesori yang sudah tidak mahu digunakan lagi, anda boleh menjualnya di blog Friendly Fashion ini. Sedikit sebanyak, ia juga dapat menjana pendapatan tambahan anda.

SKIP THIS AD ×