berita

‘Baju Melayu Ini Simple Je’ – Hatta Dolmat ‘Sakit Mata’ Tengok Fesyen Pelik Baju Melayu

May 27th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Bermacam-macam jenis baju Melayu yang dapat kita lihat menjelangnya hari raya. Ada yang mengekalkan rekaan tradisional dengan pesak dan kekek. Tidak kurang juga, yang menampilkan gaya moden sesuai dengan dunia fesyen masa kini.

Pereka fesyen terkenal iaitu Hatta Dolmat menerusi laman Twitter lantang menegur rekaan baju Melayu yang telah diubah pattern asal. Fesyen moden tersebut dikatakan tidak menghormati budaya kita sendiri dan juga merosakkan keaslian baju Melayu itu.

Tak perlu ubah pattern

Hatta Dolmat menyifatkan pengubahsuaian fesyen pakaian tersebut telah merosakkan dan ‘mematikan’ budaya kita sendiri yang terlalu taksub dengan peredaran zaman. Seeloknya baju Melayu ini perlu dipakai dengan songkok, samping dan kasut capal bagi melambangkan identiti budaya Melayu itu.

Sekiranya kita sebagai orang Melayu yang tidak menghormati budaya sendiri, bagaimana orang luar mahu menghormati budaya kita? Oleh demikian, kita tidak digalakkan sama sekali untuk ‘rojak’ pakaian baju Melayu sebagai identiti sendiri.

Hormat setiap kali pakai

Pereka fesyen ini turut menegaskan agar mana-mana pereka fesyen atau si pemakai agar tidak sewenangnya mengubah rekaan asal termasuklah dari potongan badan. Malah, pemakaian baju Melayu sesuai digayakan dengan samping, butang baju Melayu, capal atau sandal.

Malah, pemakaian baju Melayu juga tidak selalu kita pakai melainkan ke majlis tertentu termasuk hari raya, majlis kahwin dan konvokesyen. Jadi, anda dinasihatkan untuk menggunakan peluang pemakain baju Melayu dengan cara betul mengikut tradisi budaya nenek moyang kita.

Sumber: Hatta Dolmat

SKIP THIS AD ×