berita

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah, Danial Zaini Mohon Maaf Isu Pelanggan Restoran Tak Puas Hati

February 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, restoran yang diusahakan oleh pengacara terkenal, Danial Zaini menerima ulasan yang buruk daripada pelanggan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas seorang pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima semasa melakukan sambutan ulang tahun rakannya di restoran itu.

Mohon maaf

Berikutan daripada itu, Danial dilihat tampil memohon maaf dan menjelaskan apa yang sudah berlaku. Penjelasan Danial itu dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya.

Tambah Danial, terdapat beberapa kenyataan palsu telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berunsurkan fitnah. Susulan itu, Danial akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah.

Beberapa kenyataan dari pihak tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan kenyataan palsu berkenaan restoran, sama sekali tidak benar dan berunsur fitnah. Saya mohon pihak-pihak yang berkenaan untuk menghentikan fitnah tersebut

Dalam masa yang sama pihak saya akan menyemak satu persatu tweet kenyataan palsu dan berbaur fitnah ini untuk kami mengambil tindakan undang-undang.

Sejujurnya saya dan team mengaku kesalahan kami dan akur serta tunduk minta maaf . Walaupun ada beberapa perkara yang umum tidak ketahui dan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Jelas Danial lagi, dia enggan bersikap defensif dan akan bertanggungjawab atas kekurangan yang terjadi kepada pelanggannya.

Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Dan saya tak mahu bersikap defensive. Saya bertanggungjawab atas segala kekurangan dalam layanan kami kepada pelanggan di restoran.

Teguran boleh dilakukan dengan cara yang betul

Akhir sekali, Danial berharap pelanggan tersebut boleh membuat teguran dengan betul kerana dia sendiri ada di lokasi kejadian pada waktu itu.

Saya tidak mahu menegakkan benang yang basah. Kami akur dengan kesilapan kami dalam memberi layanan yang terbaik pada pelanggan. Dan kami sentiasa terbuka untuk menerima teguran demi memperbaiki kualiti restoran kami.

Tetapi teguran itu boleh dilakukan dengan cara yang betul. Saya berada pada malam kejadian dan pihak pengadu boleh bersemuka dengan saya untuk memberi teguran. Tetapi pihak pengadu memilih untuk tidak berjunpa dengan saya dan viral di media sosial serta mengeluarkan kenyataan menghasut.

Tindakan ini menyebabkan pihak lain yang tidak bertanggungjawab menokok tambah serta mengeluarkan kenyataan palsu terhadap restoran sehingga menyebabkan kekeliruan.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×