Kemelut rumah tangga pasangan pelakon popular Indonesia, Randy Kjaernett dan Lady Nayoan seakan menemui tiktik noktah selepas Nayoan nekad memfailkan penceraian terhadap suaminya.
Artikel Berkaitan: Kes Curang Rendy Kjaerneet! Landy Nayoan Failkan Penceraian, Tuntut Hak Penjagaan Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tetap Setia, Pelakon Akui Tak Bersyukur Dapat Pasangan Baik – ‘Saya Sangat Menyesal’
Memetik laporan Kompas, perkara tersebut disahkan oleh wakil Mahkamah Bekasi di Indonesia yang menerima permohonan cerai daripada Nayoan yang dilakukan pada 10 Julai lalu.
Susulan itu, rata-rata wargamaya dilihat mula berkampung di laman sosial Instagram Nayoan untuk memberikan sokongan serta kata-kata semangat buat ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Upah kata-kata semangat
Menerusi kemas kini di laman Instagram, Nayoan meluahkan rasa terharu apabila menerima banyak sokongan daripada pengikutnya terutama golongan wanita.
Malah, dia berhasrat untuk memberikan sejumlah wang bernilai 2 juta Rupiah iaitu bersamaan anggaran RM600 kepada beberapa orang yang bertuah.
Komen yang membenci itu ada, tapi jika dilihat tidak sebanyak komen positif nya, kerana saya yakin dan percaya akan ada selalu istilah wanita sokong wanita.
Oleh itu, saya ingin beri 2,000,000 rupiah (RM619.83) kepada empat orang berserta produk untuk para ibu yang menyusukan supaya kalian terus semangat mengasihi.
Terdahulu, Nayoan berjaya membongkar kisah skandal suaminya yang didakwa telah menjalin hubungan sulit dengan adik kepada aktor Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah.
Rendy kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya yang berlaku curang terhadap Nayoan.
Apa yang mengejutkan lagi adalah Rendy sanggup mencacah tatu wajah seorang wanita di belakang tubuhnya yang dipercayai muka Syahnaz.
Bertambah buruk lagi, apabila tular pula video memaparkan aksi tidak senonoh dilakukan seorang lelaki dan wanita yang dikatakan mirip dengan wajah Rendy dan Syahnaz di dalam sebuah bilik.
Sumber: Instagram