berita

‘Bakat Macam Aiman Tino Baru Kita Support’ – Waris Sifatkan Musik ‘Underground’ Malaysia Tak Boleh Cari Makan?

December 20th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Di musim cuti persekolahan ini penyanyi rap, Waris semesti sibuk dengan perniagaan seragam sekolahnya. Maklumlah, musim persekolah akan bermula tidak lama lagi. Namun, dalam kesibukkan itu, Waris tidak terlepas dengan kontroversi apabila dia dikatakan bergaduh dengan beberapa akaun Instagram yang mengangkat musik ‘underground’.

Menerusi ruangan komen Instagram @malaysiarising, Waris dilihat amat berang dengan akaun tersebut sehingga memaksa Waris untuk mengeluarkan kata-kata kesat. Apa masalah Waris dengan musik ‘underground’ masa kini?

Konon angkat musik ‘underground’

Bergaduh dengan rapper underground?

https://www.instagram.com/p/Bcza5X1FoIZ/?hl=en&taken-by=tulangkata

Seorang rapper underground yang dikenali sebagai Tulang Kata telah memuat naik satu video yang dikatakan memerli Waris di akaun Instagramnya. Ini pula respon daripada Waris:

Dan hari ini dikhabarkan Waris telah menyekat Tulang Kata untuk memasuki Instagram miliknya. Nampaknya keadaan semakan keruh.

https://www.instagram.com/p/Bc5f9EyFyzJ/?hl=en&taken-by=tulangkata

Ada cara lebih baik

Ternyata komen Waris itu telah mendapat perhatian netizen dengan menyifatkan tindakan Waris itu boleh membuat penggiat musik ‘underground’ berkecil hati. Akaun @malaysiahiphop turut tidak bersetuju dengan cara Waris meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana beranggapan ada cara lebih baik untuk selesaikan masalah.

Netizen turut menasihati Waris supaya tidak lupa diri kerana satu masa dahulu Waris juga bermula sebagai artis ‘underground’. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik supaya ia tidak mencemarkan industri musik tanah air.

Sumber: Malaysiahiphop, Malaysiarising

SKIP THIS AD ×