berita

Banduan Dihadapkan Ke Mahkmah, Jolok Botol Budu Dalam Dubur Banduan Lain Tanpa Kerelaan

January 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelik tapi benar, itu peristiwa yang terjadi di Pengkalan Chepa, apabila seorang banduan telah dituduh menjolok botol budu plastik ke dalam dubur seorang banduan lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah penjara di Pengakalan Chepa, pada 30 Disember yang lalu.

Dijolok dengan budu

Sekadar gambar hiasan

Lapor Sinar Harian, tertuduh dikenali sebagai Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, ketika dibicarakan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Difahamkan, tertuduh dipercayai melakukan gangguan seksual kepada banduan lain dengan cara memasukkan botol plastik budu ke dalam dubur mangsa. Mangsa ketika itu tidak merelakan dirinya diperlakukan sedemikian rupa.

Penjara 30 tahun jika sabit kesalahan

Sekadar gambar hiasan

Jika suspek disabitkan bersalah, dia akan dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara berkait kesalahan jenayah dadah, samun, pukul dan menghalang tugas awam.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×