Drama rantaian popular Nur 2 yang disiarkan di TV3 telah melabuhkan tirainya. Plot penceritaan sarat dengan pengajaran yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat itu menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia.
Rata-rata netizen memuji dan berpuas hati dengan ending drama itu malam tadi. Namun, ada segelintir warga maya yang meluahkan rasa ‘tidak puas’ melihat episod akhir drama tersebut.
‘Nur 2 sebuah naskah hebat’
‘Bang, ending tu laju-laju nak kemana..’
Meskipun karya hebat ini dipuji, ramai juga dalam kalangan netizen yang merasakan episod akhir drama tersebut terlalu cepat menamatkan plot penceritaannya. Mereka juga merasakan episod tersebut seperti tidak lengkap dan perlu ada sambungannya iaitu Nur 3.
Sumber: Shahrulezad Mohammedin & Azhan Rani