Kejadian ngeri yang berlaku sekitar Ogos 2013 melibatkan seorang wanita dipercayai warganegara Vietnam telah bertindak menikam rakan baiknya sendiri ketika sedang tidur. Insiden tersebut telah mengejutkan rakan serumah yang lain dan segera membawa mangsa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Kisah ini didedahkan bekas peguam iaitu Sir Kamarul menceritakan suspek tidak melarikan diri selepas insiden tersebut. Tetapi apabila kes dibicara di mahkamah mendapati suspek mengalami…
Rupanya dia bercakap dengan mayat
Kisah ini berlaku pada bukan Ogos 2013 di Bandar Mahkota, Cheras. Seorang gadis warganegara Vietnam bertindak menikam rakan baiknya dengan dua bilah pisau ketika mangsa sedang tidur.
‘Kenapa kau nak bunuh aku?’
Salah seorang rakan serumah telah nampak suspek berjalan turun dari tingkat atas. Sebelum kejadian, dia terdengar mangsa menjerit secara tiba-tiba. Ketika itu, mangsa berdepan dengan suspek yang sedang memegang dua bilah pisau. Mangsa turut ditikam berulang kali di bahagian tubuh dan leher.
Tiba-tiba ketawa
Selepas ditikam, suspek mengejutkan mangsa untuk bangun dan dia anggap mangsa masih ‘tidur’. Rakan serumah yang lain segera mendapatkan bantuan abang ipar kepada salah seorang rakan di dalam rumah tersebut. Mangsa segera di bawa ke Hospital Sungai Long di Kajang. Bagaimanapun, suspek tidak melarikan diri dan hanya duduk diam di dalam rumah tersebut.
Siasatan rapi dibuat
Pada hari yang sama, polis telah menahan kesemua gadis yang tinggal di dalam rumah tersebut untuk bantu siasatan. Sementara itu, perbicaraan di mahkamah mendapati suspek menceritakan perkara sebenar apabila tidak sedar menikam rakan baiknya berdasarkan gangguan yang pernah dialaminya itu.
‘Saya lihat dia sudah jadi hantu’
Kisah yang dikongsi suspek semasa perbicaraan itu mengejutkan ramai pihak. Suspek juga pernah pulang semula ke Vietnam untuk mendapatkan rawatan tradisional terhadap masalah gangguan emosi yang dihadapinya itu. Dia juga melihat mangsa dalam jelmaan ‘hantu’ sebelum bertindak membunuh.
‘Saya jerit, menangis bila tahu dia dah mati’
Pada Januari 2015, suspek telah menjalani pemeriksaan pakar psychiatrist dan mendapati suspek tidak waras pada hari kejadian itu.
Suspek dikira tidak waras
Suspek juga ditahan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan kesihatan di sana. Hujahan yang lebih kuat lagi apabila suspek tidak melarikan diri selepas menikam rakan baiknya itu. Walaupun, pintu rumah tidak berkunci dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi semasa pihak polis ke lokasi kejadian.
Sumber: Sir Kamarul