berita

Bangunkan Aplikasi Untuk Windows Hackaton!

November 26th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Aplikasi

Siapa antara anda yang mahu menjadi pembangun aplikasi pintar di Malaysia dan berharap ianya menjadi satu kenyataan? Kami rasa, inilah jawapannya!

Buat julung kali, si pembangun aplikasi boleh membuktikan kehandalan dan keupayaan dalam kreativiti masing-masing untuk menyertai pencarian pembangun sistem aplikasi pintar.

Hasil kerjasama antara Microsoft, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Media Prima Digital, sebuah pertandingan iaitu Windows Hackathon bakal diadakan di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, Kuala Lumpur bermula 29 November sehingga 1 Disember.

Aplikasi

Pasti anda sudah tidak sabar bukan?

Bukan itu sahaja, kepada anda yang pernah membangunkan rekaan untuk aplikasi IOS atau Android, ini merupakan peluang anda untuk turut serta dalam Windows Hackathon.

Selain memenangi hadiah menarik, anda juga berpeluang muncul dalam liputan temubual di rangkaian media milik kumpulan Media Prima Berhad.

Apa tunggu lagi, jom rebut peluang keemasan dan menjadi pembangun teknologi ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi anda yang ingin sertai pertandingan ini, sila layari laman sesawang Cabaran Microsoft Bangunkan Aplikasi Perisian Hiburan dan Berita selepas ini.

SKIP THIS AD ×