Sekarang ni kalau bergelar siswazah, lebih-lebih lagi dari universiti terkemuka mesti ramai yang puji. Yelah, dengan ijazah ni kononnya boleh dapat kerja yang best dan gaji masyuk. Hakikatnya, tak juga weh. Bukan semua orang dikurniakan rezeki yang baik lepas belajar. Ada je yang bergelar graduan, tapi masih menganggur dan kerja biasa-biasa je.
Kami share pesanan lelaki ini kepada masyarakat yang selalu ada sifat ni. Rezeki semuanya tak sama. Sepatutnya kita tolong graduan ni untuk bina karier, bukan musnahkan dengan pertanyaan: kerja kat mana? Gaji berapa? Pakai kereta apa? Bila nak kahwin?
Hilang fokus dan hanyut
Jadi mangsa keadaan
Bantu kembangkan minat dengan kelebihan ijazah
Kami sokong saranan brader ni. Memang hakikatnya graduan senang nak dapat kerja bila ada ijazah, tapi itu teori sahaja. Zaman sekarang sangat mencabar. Ada orang ijazahnya bidang kejuruteraan, tapi bekerja sebagai cef atau wartawan. Nampak tak bidangnya lain? Bukan soal ijazah, soal membina karier dan masa depan. Jom ubah!
Sumber: FB Ir Meor Shamshir