Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail dan isteri, Neelofa difahamkan sedang bercuti di Pulau Langkawi bersama anak mereka, Muhammad Bilal sejak Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Artikel Berkaitan: Athisha Khan Berang Netizen Tak Hormat Privasi Neelofa – ‘Dia Cuma Minta Satu Perkara’
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Kamu Reput Di Neraka!’ – Izara Aishah
Luahan hati abah
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Haris, 27, berkongsi status meluahkan rasa sayang terhadap anak lelakinya itu.
Dalam hantaran tersebut, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail berasa kecewa apabila Bilal menjadi ‘permainan’ netizen sejak tersebar foto di TikTok.
Haris atau dikenali sebagai PU Riz turut memuat naik foto sedang meriba sambil menyusukan Bilal.
Semoga diberi ketabahan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata semangat kepada Haris dan Neelofa supaya kuat menghadapi dugaan Allah SWT.
Di samping, peminat turut menitipkan doa agar Bilal membesar menjadi anak yang soleh.
Pada Khamis lalu, Neelofa mengejutkan ramai apabila memuat naik video berdurasi 1 minit dan 44 saat dalam akaun Instagramnya yang memaparkan koleksi wajah Bilal sejak dilahirkan sehingga kini.
Sebelum ini, isu wajah Bilal menjadi topik hangat apabila terdapat seorang pengguna TikTok memuat naik gambar yang diambil secara ‘curi-curi.’
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akui tersinggung dengan perbuatan itu selain sedih apabila ada pihak bertindak menyunting foto Bilal sehingga mengundang komen fitnah.
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari 2022.
Sumber: Instagram @hrisbismail