berita

‘Banyak Benda Kena Fikir Bila Jadi Isteri & Ibu’ – Uyaina Arshad Akui Berat Untuk Balik Ke Indonesia

June 15th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Setiap wanita yang bergelar seorang ibu itu pastinya memiliki pelbagai kerisauan yang bermain di minda apabila perlu berjauhan dengan anak-anak.

Begitulah kisah pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang meragui keputusannya untuk berjauhan dengan keluarga demi melaksanakan kerjanya di Indonesia.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Digelar Terpaling Ibu’ – Uyaina Arshad

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Diserang ‘Migraine Aura’, Hampir Pengsan Ketika Live WHI

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Saksi Tengok ‘Struggle’ Mak, Gadai Barang Emas Untuk Besarkan 4 Anak Seorang Diri

Jauh dari keluarga

Menerusi perkongsian di Stories Instagram (IG), Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur dengan sokongan penuh dari suami dan mentuanya dalam memahami urusan kerjanya yang perlu dilaksanakan.

Balik ke Indonesia buat saya nervous.

Mula-mula ada rasa ragu patut pergi ke tidak bila dapat tawaran. Sebab banyak kena fikir bila dah jadi isteri dan ibu.

Tapi Syahiran (suami) sangat menyokong dan penyayang. Dia lah yang suruh saya pergi ke Indonesia dan terima tawaran tersebut. Mentua saya pun sama.

Uyaina, 30, bersyukur dengan pihak di Indonesia kerana memberi layanan yang terbaik buatnya.

Dimaklumkan, pihak di sana juga menyediakan rumah yang sangat selesa dan mudah untuk dirinya tinggal bersama anak lelaki, Urhan dan ibunya.

Dalam pada itu, Uyaina berharap agar tiga bulan di Indonesia itu berjalan dengan baik dan dipermudahkan segalanya.

Sekadar info, Uyaina dan Syahiran sah bergelar suami isteri pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan pada 2022.

Sumber: Instagram @uyainaarshad

SKIP THIS AD ×