Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi detik cemas apabila dia mengalami sakit kepala yang agak teruk ketika sedang mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Untuk Pergi Ke Indonesia Tanpa Dia Di Sisi, Saya Tidak Akan Pergi’
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’
Artikel Berkaitan: Bergurau Soal Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad – ‘Panas Seterika Baju Pun Dah Melompat Kesakitan’
Hampir pengsan
Bercerita mengenai insiden itu di Instagram Stories (IG Story), Uyaina berkata kesakitan yang dialami itu membuatkan dia tidak dapat berdiri tegak dan juga hampir jatuh pangsan sekiranya meneruskan kerjanya.
Malah, kata pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, kedua-dua matanya juga tidak boleh dibuka.
Benda ini terjadi kepada saya ketika tengah buat siaran langsung WHI, tapi setengah jalan, saya tak larat nak mengacara. Sakit kepala yang sangat dasyat. Muka berkerut tahan sakit.
Nak berdiri tegak tak boleh. Nak bukak mata juga tak boleh sebab sakit kepala sangat-sangat. Pertama kali jadi time live macam ni. Saya rasa kalau saya teruskan juga, boleh collapse.
Saya rasa, sebab cuaca panas sangat-sangat. Lepast itu puasa. Mula-mula tu saya okay saja tapi, masuk blok ke tiga tadi saya dah tak boleh tahan sakit kepala ni.
Migraine aura
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia sudah pun membuat pemeriksaan dengan berjumpa doktor dan keputusan pemeriksaan mendapati, dia diserang ‘migraine aura’.
Sakit just bahagian kiri kepala pula tu. Sama ada keletihan haba atau strok haba. Sebab saya ada symptoms of both. Sakit kepala, sometimes pening sampai tahap nampak semua benda jadi dua.
Mata berpinar-pinar, berpeluh teruk dan muntah loya. Dah jumpa doktor kata saya kena migraine. Migraine Aura. Dalam seminggu ni, sehari je tak migraine. Dan tadi paling teruk.
Kongsi isteri kepada penyanyi, Raja Shahiran itu lagi, antara faktor mendorong dia mengalami masalah tersebut disebabkan sering berjaga pada waktu malam dan kurang waktu berehat.
Doktor kata untuk saya, antara benda yang trigger my migraine, berjaga malam sebab anak kecil, tak cukup rest dan tidur, coffee serta haba. Saya dah makan ubat migraine doktor bagi.
Thank you sebab ramai yang doakan Uyaina. Korang jaga diri juga tau!
Sumber: Instagram Uyaian Arshad