berita

‘Banyak Habiskan Masa Makan, Tidur & Bersama Setiap Hari’ – Dr Say Syukur Isteri Hamil Lagi Selepas Keguguran

February 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Dr Say Shazril, berkongsi khabar duka apabila isterinya mengalami keguguran di saat usia kandungan memasuki tempoh 12 minggu. Menurut doktor, jantung bayinya tidak kelihatan dan bayi itu juga tidak bergerak.

Artikel berkaitan: ‘Tunggu Kami Di Syurga’ – Kandungan Masuk 12 Minggu, Isteri Dr Say Keguguran

Artikel berkaitan: ‘Masih Ada Sinar Harapan Buat Kami’- Dr Say Shazril Syukur Isteri Hamil Lagi

Terbaru, Dr Say memuat naik satu posting di Instagram mengenai berita kehamilan isterinya iaitu Dr Azura. Jelas Dr Say, isterinya kini sedang hamil anak kedua mereka. Tahniah!

Berjaya menimang cahaya mata baru

Alhamdullilah, Adik Ace In The Making. Masa sebulan bini missed period dan positive urine pregnany test, ikutkan hati nak sy kongsi kat satu dunia berita baik ni. Tapi pengalaman dan kesedihan keguguran lepas mengajar sy untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya larang sy share kat socmed). Lepas 3 bulan menahan, arini tuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja). Kelihatan sihat dan lincah bergerak kandungan bini.

Terukir senyuman luas pada muka saya dan bini. Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat sy nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak btau satu dunia lah tu kan?”. Sy tersenyum malu, tapi mahu! Maka Alhamdullilah peeps!

Menurut Dr Say, selepas tiga bulan isterinya mengalami keguguran, mereka dikurniakan rezeki sekali lagi. Tambahnya, dia percaya kata netizen apabila sekali keguguran, yang seterusnya akan senang untuk lekat. Ujarnya lagi, mereka tidak merancang dan menganggap ini rezeki sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga. Ini kerana, sewaktu PKP mereka banyak menghabiskan masa makan, tidur dan bersama setiap hari.

Ampun sy lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tau ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yg penting kali ni #TeamDaddy #SayJr! P/S : Tajam mata ampa tengok kat post bini & story sy ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh sy cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha.

Dr Say turut memberitahu waktu tiga bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan sahaja lagi untuk dia dan isteri bakal mendapatkan cahaya mata kedua mereka. Dr Say turut memohon doa daripada semua agar kandungan isterinya itu sihat sejahtera. Mengenai soal jantina, Dr Say tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Rata-rata netizen gembira sebaik sahaja mendengar berita gembira tersebut. Mereka turut mendoakan agar urusan Dr Azura sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan Allah.

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×