berita

Banyak Pengorbanan Dia – Selepas Lumpuh Lelaki Ini Sedar Isteri Orang Kedua Terhebat Selepas Ibunya

February 4th, 2016 | by Epul
Kini Trending
Screen Shot 2016-02-03 at 4.06.19 PM

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Perlunya ada keserasian dan kesepakatan antara pasangan dan yang paling penting sikap toleransi dalam semua aspek.

Buat para suami di luar sana ringankan mulut tu sikit puji para isteri, nak tau sebab apa?

Wanita idaman isteri hebat? Confirm tak cari lain

Screen Shot 2016-02-03 at 5.15.48 PM

Tengok saya kalau dulu bukan macam ni, saya pun dulu sama macam orang di belakang tabir jugak.Tapi tiba-tiba Tuhan dah bagi ujian ni kita kene redha je la.

Saya kene ni 2004 nak kata kategori lumpuh. So sepanjang waktu tu lah saya sedar yang saya ni ada wanita hebat yang duduk di sebelah saya iaitu isteri saya Mashitah Mohamudiah.

Selain ibu isteri adalah perempuan yang paling hebat, banyak pengorbanan yang mereka buat yang kita sedari atau pun tidak.Kalau abang tidak ditimpa dengan rahmat Allah ni abang tak nampak, kita para suami ni tak nampak.

Sebelum ni biasalah kita orang lelaki tak kan cakap depan-depan, kau pandai masak ke kau cantik semua, tapi bila dah kene tu barulah kita tau kita tak kan cari orang lain dah.

Pada hari yang saya kene tu pada tahun 2.6.2014 dialah yang uruskan semua , jadi kalau saya yang uruskan agak sukarlah sebenarnya dengan keadan yang begini.

Jadi bila dia yang uruskan saya tak sangka yang dia tenang je relek je muka dia tak cuak padahal orang lain makcik-makcik, kakak-kakak ni dah kelam kabut dah ni. Eh! kenapa bini aku relek je, aku dah teruk sangat ni.

Saya tanya dia kenapa relek sangat ni Ma?Eh Ma relek la tak kan nak kelam kabut, kalau kelam kabut pun nak pegi mana?kita sama-sama kat sini.Bila dia cakap macam tu barulah saya sedar agaknya inilah sebab Allah turunkan rahmat ni .

Waktu tu barulah sedar Ya Allah ini rupanya isteri aku

Screen Shot 2016-02-03 at 5.15.07 PM

Selama tiga bulan di hospital,dialah yang duduk di sebelah selesai kerja sahaja dia akan datang sehingga saya tengok kaki dia dah bengkak dah. Walaupun itu tanggungjawab seorang isteri,susah nak cari isteri macam tu.

Sebelum ni kita jalan sama-sama, tapi bila kita diberikan ujian seperti ni barulah kita sedar bertapa besar rahmat tuhan bagi pada kita.Di rumah juga isteri saya uruskan semuanya sehinggakan saya merasa dia sudah tiada life, ada satu hari tu dia bertanya, kalau Mama yang kene, agak-agak abang nak ke buat mcm ni?

Lama jugaklah sehingga sekarang ni dah setahun lebih baru saya dapat tau yang wanita yang hebat selain ibu saya isteri sayalah Mashitah Mohamudiah,Jadi sayangilah isteri tidak kira dalam keadaan apa sekali pun dengan sesayang sayangnya.

Sayu hati ni, semoga Helmy Rokman akan cepat sembuh dan terus menjadi ketua keluarga yang terpuji.Buat isteri Mashitah Mohamudiah semoga tabah dengan ujian dan insya’allah semoga dipermudahkan segala urusan.

Jom usha Helmy Rokman cakap sayang pada isteri dia. So sweet.

Wanita idamanMasya-Allah..hebatnya pengorbanan isteri ini..

“Kalau bukan kerana abang ditimpa dugaan ini..abang pasti tak nampak betapa hebatnya awak..”
Perkongsian Helmy Rokman yang menyentuh hati anda…
#HadithOpenMic #SampaikanWalauSatuAyat

Posted by Imam Muda on Tuesday, 2 February 2016

Sumber  : Imam Muda

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×