berita

‘Banyak Perlu Dibuat Untuk Saya Jadi Individu Normal’ – Sharifah Sakinah Dedah Alami Disleksia Sederhana

August 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini memuat naik satu gambar berserta kapsyen yang mungkin mengejutkan rata-rata peminatnya.

Siapa sangka, pelakon itu mendedahkan dirinya menghidap disleksia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).  ADHD merupakan gangguan yang ditandai dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan kurangnya perhatian.

Tahu lepas tamat sekolah

Menurut Sakinah, dia menyedari tentang perkara itu selepas tamat persekolahan beberapa tahun lalu.

Katanya, ia membuatkan dirinya sukar untuk fokus dalam melakukan tugasan seharian dan juga berbual untuk jangka masa yang panjang.

Malah katanya, dia juga tidak mampu menghabiskan beberapa perkara yang dilakukannya kerana masalah yang dialami.

Saya gemar membaca buku tapi tak mampu nak habiskannya. Tengok filem pun separuh-separuh. Menaip pun mesti typo teruk.

Lepas tamat persekolahan saya baru sedar saya ada ciri-ciri ADHD dan disleksia sederhana.

Dulu sukar kesan perilaku

Tambah Sakinah, membesar dalam keluarga Melayu membuatkan dirinya sukar untuk mengesan perilaku serta masalah yang dialami.

Ini kerana katanya, pada ketika itu masyarakat Melayu kurang mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut.

Dulu, keluarga Melayu jarang ada kesedaran tentang perkara ini tetapi saya sekarang menyalurkan ciri-ciri hiper itu kepada senaman.

Banyak ikhtiar

Pelakon yang kini mempunyai seorang cahaya mata itu berkata, pada ketika ini dia melakukan beberapa perkara bagi membantu dirinya lebih fokus dan menjadikan dirinya sebagai individu normal.

Saya berlari sebelum membaca, penggambaran dan menghadiri acara. Ia membantu untuk saya lebih fokus. Makan pun jaga. Saya kurangkan pengambilan tenusu dan daging serta memakan banyak buah-buahan.

Kini saya belajar untuk bermeditasi untuk membantu saya tenang. Memang banyak ikhtiar yang perlu saya buat untuk menjadikan saya individu normal. Tetapi ia berbaloi.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×