Sekadar gambar hiasan
Di Kajang, Selangor dua beranak (bapa dan anak lelaki) dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di kolam takungan, Taman Cahaya, Sungai Chua manakala seorang remaja dilaporkan selamat.
Dua beranak dikhuatiri lemas
Foto: Harian Metro
Ujar Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis menerusi laporan Harian Metro, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada 2.15 petang. Susulan daripada itu, dua pegawai serta lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.
Laporan awal membabitkan tiga mangsa iaitu bapa, 50-an, dan anaknya berusia 15 serta 18 tahun menaiki bot sebelum ia terbalik.
Anaknya berusia 18 tahun terselamat, manakala dua lagi mangsa dikhuatiri lemas di mana anggaran kedalaman tasik adalah 30 meter.
Kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan.
Sumber: Harian Metro