Mengucap dua kalimah syahadah dan menghubungi keluarga melalui panggilan video buat kali terakhir merupakan antara prosedur yang dilakukan oleh petugas kesihatan sebelum mereka ‘menidurkan’ pesakit Covid-19.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Buka Mata, Mengucap’ – Tak Dibenarkan Melawat, Anak-Anak Menangis Video Call Ibu Sedang Nazak
Begitulah yang dilalui oleh seorang anak ini apabila sempat mengajar bapanya mengucap melalui video call sebelum insan tersayang itu pergi buat selama-lamanya.
Video call, ajar bapa mengucap
Situasi yang cukup pilu itu dikongsikan oleh Fakarudin menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Bercerita dengan lebih lanjut, Fakarudin menceritakan sebelum ini doktor ada memaklumkan bahawa keadaan bapanya yang dijangkiti Covid-19 itu semakin pulih dan kemungkinan akan dipindahkan dari ICU ke wad biasa.
Doktor call pagi tadi, Alhamdulillah bantuan oksigen doktor dah cabut sekarang ni ayah bernafas pakai face mask yang biasa. Nafas ayah semakin pulih, InsyaAllah kemungkinan ayah akan masuk ke wad biasa.
Berdasarkan video terbaru, lelaki ini hanya mampu melihat bapanya yang sedang terlantar sakit di hospital menerusi video call sahaja selain sempat mengajar bapanya mengucap dua kalimah syahadah. Dalam suasana yang penuh hiba itu, sesekali kedengaran suara si anak sebak melihat keadaan bapa tercinta.
Dapat urus jenazah bapa
Tetapi siapa sangka, Allah lebih menyayanginya. Insan tersayang yang bergelar bapa telah pergi buat selama-lamanya. Dalam pada itu, Fakarudin sempat meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menguruskan jenazah arwah bapanya.
Alhamdulillah dapat selesaikan arwah ayah sendiri. Syukur sangat-sangat pihak KKM benarkan saya uruskan sekali. Allahuakbar. Dari hospital sampai ke perkuburan. Maaf sesiapa yang nak datang tu tak dapat nak tengok sekali sebab PKP. Ada juga tadi sedara terdekat, kawan ayah terdekat tapi sayang semua dapat tengok dari jauh je.
Sedihnya…
@fakarudin987Allahuakbar ??? ##fyp? Syukur (Alhamdulillah) – UNGU
@fakarudin987? Kemarin – SEVENTEEN
Pengebumian arwah bapa
@fakarudin987AL-FATIHAH Buat Ayahku ???? original sound – fakarudin98
@fakarudin987??????? Tasbih Suci (Subahanallah) – Fathi Naim
Sumber: Fakarudin987