berita

Bapa Dakwa Anak Boleh Bercakap, Susu ‘Dr. Ganja’ Boleh Rawat Budak Autism?

January 22nd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Mengedar dadah merupakan salah satu jenayah berat di Malaysia sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Kesan yang disebabkan oleh dadah sudah diketahui memberi impak negatif kepada seseorang jika disalahguna.

Seorang pesara tentera dihadapkan ke muka pengadilan apabila dituduh dengan tuduhan mengedar ganja, tahun lalu. Namun apa yang mengkagumkan, ada ‘pesakit’ kepada tertuduh datang untuk memberi sokongan.

Beri sokongan dengan memakai baju hijau

Antara yang hadir adalah kanak-kanak 8 tahun dan seorang nenek berusia 51 tahun bagi memberi sokongan kepada ‘Dr Ganja’. ‘Dr Ganja’ atau Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, berdepan pertuduhan memiliki ganja di Mahkamah Majistret Klang.

Kempen hijau dijalankan secara global bagi menolak dadah sintetik dan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

2 tahun minum susu, anak autism boleh bercakap

Seorang bapa mendakwa anaknya yang menghidap autism mula menunjukkan perubahan positif apabila meminum susu tetrahydrocannabinol (THC) yang dibeli daripada Amiruddin.

THC adalah antara bahan dalam ganja yang dipercayai mempunyai khasiat tertentu.

Kami kuarantin anak kami di rumah selama dua minggu dan bagi satu sudu susu setiap pagi dan petang.
Seminggu lepas itu, kami dapati dia bercakap menggunakan perkataan yang kami gunakannya dengannya setiap hari.

Tambah bapa itu lagi, dia tidak melihat kesan sampingan dialami anaknya berikutan pengambilan susu berkenaan. Namun anaknya hanya mengadu lapar dan dahaga sahaja apabila bangun tidur.

Oleh sebab itu saya datang hari ini untuk beritahu orang ramai tiada masalah gunakan ganja untuk perubatan.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×