berita

Bapa Kandung Seth Tak Jenguk Anak? Ini Respon Shila Amzah

January 2nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

seth shila

Penyanyi, Shila Amzah teruja berkongsi momen anaknya, Seth Uwais yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Sayu Hati Mama, Semoga Seth Jadi Anak Yang Baik’ – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Kongsi ‘Bungalow Tour’ – ‘Saya Datang Rumah Ni Selalu Rasa Sedih’

Kebahagiaan Seth

seth shila

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah dan suami, Ubai dilihat bersama-sama menghantar anak lelaki mereka itu ke sekolah pagi tadi.

Bagaimanapun, terdapat individu yang bertanyakan tentang bekas suami penyanyi tersebut iaitu, Haris Idraki Elias susulan sosok lelaki itu jarang dilihat berada bersama anak mereka.

Maaf saya bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?

Tidak cepat melatah, pelantun lagu Memori Tercipta itu kemudian memberi respon terhadap komen berkenaan dengan menyatakan bahawa dia lebih mengutamakan tentang kebahagiaan Seth.

Tak apalah, yang penting sekarang Seth ‘happy’ je, doakan yang baik-baik.

Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Shila Amzah

SKIP THIS AD ×