berita

Bapa Sakit, Syamsul Yusof Akan Percepatkan Perkahwinan?

August 23rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

KL ZOMBI-52

Isnin lalu seorang pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam telah dikejarkan ke hospital kerana rebah di rumahnya dan dilaporkan menghidap penyakit batu karang. Atas nasihat doktor, beliau telah menjalani pembedahan secara laser di bahagian kanan perut.

Artikel Berkaitan :

  • Datuk Yusof Haslam & Adi Putra Dikejarkan Ke Hospital

Selepas insiden tersebut, Syamsul Yusof yang ditemui di majlis malam gala tayangan filem KL Zombie semalam telah mengakui bahawa sebagai anak, dia turut merasakan sudah tiba masanya untuk memikirkan soal rumah tangga dan menyimpan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan tersebut selepas filem arahannya, KL Gangster 2 keluar menemui penonton di pawagam.

Saya sedar ayah saya pun dah semakin tua, kalau boleh nak juga dapatkan cucu untuk dia. Umur saya pun dah masuk 29 tahun, jadi rasanya sudah tiba masa untuk fikirkan soal rumah tangga.

Masa sakit hari itu, dia (Datuk Yusof Haslam) ada juga bagi hint supaya saya cepat kahwin dan dia pun ada cakap, tak kisah siapa sahaja pilihan saya.

Memang saya ada simpan hasrat lepas filem KL Gangster 2 keluar, saya ingin melangkah ke alam rumah tangga, tapi itu semua masih lagi dalam perancangan. Jadi, doakan sahaja.

KL ZOMBI-51

Syamsul Yusof sewaktu hadir di malam gala filem KL Zombie

Berkongsi lebih lanjut mengenai soal perkahwinan, timbul juga persoalan dikalangan pihak media, adakah Syamsul sudah mempunyai wanita pilihannya sendiri dan siapakah wanita bertuah tersebut?

Tersenyum, aktor kacak ini hanya mampu menyatakan bahawa biarlah ia menjadi rahsia dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai persoalan tersebut.

Siapa orang itu biar saya simpan sendiri dan biar saya sahaja yang tahu. Setakat ini saya pun belum pernah bawa sesiapa berjumpa dengan keluarga.

Mak saya pun dah tak larat nak pasangkan saya dengan sesiapa sebab saya tak suka. Kalau boleh, saya nak cari pilihan saya sendiri.

Sementara itu, Datuk Yusof Haslam yang turut kelihatan di majlis melahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Tak sihat 100% tapi masih boleh berjalan dan lakukan rutin harian seperti biasa.

Setiap dua minggu sekali saya kena buat pemeriksaan kesihatan.

Alhamdulillah saya tiada penyakit lain seperti jantung ataupun kencing manis. Cuma sakit batu karang sahaja, itu pun tanpa kita sedar.

Merujuk perkembangan terbaru mengenai pasangan anak beranak ini, mereka difahamkan akan muncul dengan filem terbaru arahan Syamsul Yusof sendiri berjudul KL Gangster 2 yang dijadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

Apa pun, untuk semua peminat Syamsul Yusof, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik pengarah dan pelakon tersebut sekitar majlis malam gala tayangan filem KL Zombie yang sempat lensa kamera kami rakamkan khas untuk tontonan anda semua.

SKIP THIS AD ×