Semalam, bapa saudara Hafidz Roshdi iaitu Adlan, 50, meluahkan rasa kurang senang apabila Shuhada meletakkan pautan perniagaannya di sebalik pendedahan berkenaan kesihatan mental, Humairah (anak sulung Hafidz).
Artikel berkaitan: Didakwa Kongsi Masalah Anak Untuk Tujuan Marketing, Bapa Saudara Hafidz Roshdi Tegur Shuhada
Tiada posting
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Adlan dilihat sudah memadam posting tersebut di Instagram. Terdahulu, Adlan kurang bersetuju apabila perkongsian berkenaan cucu saudaranya dibabitkan sekali dengan perniagaan wanita itu menerusi teguran secara terbuka.
Adlan turut mendakwa Shuhada yang memilih jalan untuk meluahkan mengenai konflik rumah tangga di media sosial. Bukan itu sahaja, dia mendakwa impian Shuhada untuk menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh sudah tercapai.
Terbaru, menerusi Instagram Story Shuhada pula, wanita ini berkongsi beberapa tangkap layar di mana dia menerima ucapan terima kasih daripada netizen. Menurut netizen, mereka suka membaca mengenai perkongsian Shuhada lebih-lebih lagi soal psikologi anak-anak.
Ujar Shuhada pula, menjadi seorang ibu banyak mengajarnya erti kekuatan dalam menghadapi segala ketakutan yang tidak pernah diduga.
Tambahnya, segala perkongsian yang dilakukan adalah untuk kesedaran bersama.
Tak ada istilah nak raih perhatian. Perhatian tak tolong ubat hati Shu dan anak-anak. Semoga Allah permudahkan dan lancarkan urusan anak-anak kita dunia akhirat.
Sumber: Instagram