berita

Bapa ‘Setan’ Subahat Dengan Rakan Rogol Anak Kandung OKU Sendiri

June 28th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Anak-anak bergantung kasih dan harapan kepada kedua ibu bapa mereka. Bapa sepatutnya menjadi pelindung buat anak-anak. Namun menerusi Harian Metro berkongsi kisah seorang wanita OKU dirogol bapa kandungnya sendiri. Kejadian yang berlaku di Arau, Perlis itu tidak berhenti di situ sahaja, malah rakan kepada bapanya turut sama merogolnya. Jijik betul bapanya!

Bapa dan rakan rogol anak OKU

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, perkara itu diceritakan sendiri oleh mangsa yang berusia 28 tahun kepada jirannya di sebuah lokasi sebelum mangsa dan jirannya membuat laporan polis, semalam. Mangsa turut berkata kejadia berlaku pada pertengahan Mei yang lalu.

Susulan laporan kes kejadian, pihak polis telah berjaya menahan bapa mangsa yang berusia 61 tahun dan rakannya 53 tahun untuk direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurut keterangan mangsa, bapanya merogol dia di rumah mereka pada 8.30 malam pada Mei lalu.

Kemudian pada bulan yang sama, mangsa dibawa oleh rakan bapanya ke sebuah kebun sebelum rakan suspek bertindak merogolnya di dalam kebun berkenaan.

Mangsa tak mampu bertutur dengan jelas

Pada mulanya, mangsa tidak tahun untuk mengadu pada siapa kera dia tidak mampu bertutur dengan jelas. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Mangsa tidak tahu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada sesiapa selain dia juga tidak mampu bertutur dengan jelas.

Malah keadaan ibu dan adik mangsa juga berstatus OKU pembelajaran sepertinya, secara tidak langsung menyukarkan lagi keadaan mangsa yang seolah-olah berada dalam keadaan tersepit.

Hasil laporan awal perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×