berita

Bapa Siti Hajaar Meninggal Dunia, MK K-Clique Beri Kata-Kata Semangat – ‘Isteriku Yang Kuat’

October 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

MK K-Clique Siti Hajaar

Bapa mentua kepada penyanyi rap terkenal, MK K-Clique iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: Bapa Mentua MK K-Clique Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: ‘Ramai Tegur Saya Semakin Berisi, Alhamdulillah Masakan Isteri Sedap’ – MK K-Clique

‘Isteriku kuat’

MK K-Clique Siti Hajaar

Sementara itu, MK menerusi perkongsian di Instagram Stories menyifatkan isterinya iaitu Siti Hajaar sebagai seorang insan yang kuat meskipun baru sahaja kehilangan ayah tercinta.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat memuat naik foto dia berpelukan dengan Siti Hajaar beserta kapsyen ‘isteriku yang kuat’.

Dalam pada itu, MK menerusi satu lagi perkongsian terkini di Instagram berkata segala yang berlaku adalah takdir yang sudah ditetapkan Allah.

Allah sebaik-baik perancang. Alhamdillah di atas segala nikmat dan kurnian-Nya. Alhamdulillah.

Terdahulu, berita kematian Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dimaklumkan oleh isterinya yang juga pelakon, Datin Seri Noniswara Baharuddin.

Difahamkan, jenazah telah selamat dikebumikan awal pagi Isnin di kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×