berita

Bapa Teringin Bini Baru, Anak Terpaksa Gadai Emas Tanggung Belanja Kahwin – ‘Dia Janji Nak Bayar Balik’

December 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ayah hutang kahwin baru

Seorang anak meluahkan rasa kecewa apabila bapanya tidak lagi mempedulikannya setelah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabar Anak Jarang Dilihat, Jarang Dihargai’ – Ustazah Asma’ Harun

Artikel Berkaitan: Gadis Batal Nikah, Ibu Bapa Tak Pernah Kahwin & Zina Hampir 30 Tahun Sampai Dapat 6 Anak – ‘Tiada Ada Rasa Insaf!’

Bapa tak dapat dihubungi

ayah hutang kahwin baru

Menerusi hantaran di TikTok, wanita tersebut mendedahkan bapanya sebelum ini menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi dan meminta bantuannya untuk membeli cincin buat bakal isteri.

Atas dasar kasih sayang, wanita itu sanggup menggadai rantai emas miliknya demi membeli cincin nikah tersebut.

Bapa nak kahwin baru, jadi dia pinjam duit dengan aku. Masa ini dia tak kerja tapi dia masuk geng tabligh.

Aku tak ada duit nak beli cincin kahwin dia jadi aku terpaksa gadai rantai emas aku.

Cantikkan rantai emas aku? Sekarang hanya tinggal kenangan.

Bagaimanapun, bapa wanita tersebut didapati gagal membayar hutang dan tidak dapat dihubungi setelah mendirikan rumah tangga.

Duit majlis kahwin semua pakai duit aku sebab aku tak sanggup tengok bapa hidup susah. Dia janji dia kerja nanti dia akan bayar balik tapi sampai sekarang dia diam, mesej tak balas, telefon tak angkat.

Wanita berkenaan juga berasa kesal dengan tindakan bapanya dan berharap agar dia dapat melunaskan hutang secepat mungkin.

Sampai hati abah, buat saya macam ni. Saya anak kandung abah tau bukan anak tiri, saya sampai masuk hospital abah langsung tak peduli sikit pun tak tanya khabar lepas abah kahwin baru.

Hari-hari aku fikir kenapa dia buat aku macam ini sampai berat badan aku mendadak turun 10kg. Semoga pintu hati abah terbuka untuk bayar balik duit. Abah sakit saya akan jaga, jangan risau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan bapa wanita itu kerana meneruskan perkahwinan meskipun tidak mampu dari segi kewangan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×