berita

‘Bapa’ Usop Sontorian & Keluang Man Sudah Tiada

December 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Peminat kartun Keluang Man dan Usop Sontorian yang popular pada sekitar tahun 1990an hingga awal 2000 pasti kenal dengan pengasas animasi digital ini. Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai panggilan Kamn Ismail telahpun meninggalkan kita semua di usia 63 tahun.

Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an menghembuskan nafas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham Kamn Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tokoh animasi digital era 90an ini telah menghasilkan kartun seperti Usop Sontorian dan Keluang Man sebagai medium hiburan sewaktu zaman kanak-kanak kita semua. Tambahan, anak kelahiran Melaka itu juga dikenali sebagai pengarah siri animasi TV pertama di Malaysia.

Usop Sontorian berkhemah

Allahyarham Kamn Ismail memulakan kerjaya animasinya bersama Dato Mohd Othman Yusof dan Micheal Lum bagi menerbitkan siri animasi pertama negara iaitu Usop Sontorian. Dalam projek ini, Allahyarham berperanan dan memegang tanggungjawab sebagai pengarah pada 1996 untuk 3 musim selama 49 episod.

Adiwira Keluang Man

Manakala pada tahun 1997, Kamn Ismail telah mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D. Animasi ini telah diterbitkan dan disiarkan di televisyen sejak 1998 hingga 2005 untuk 142 episod selama 7 musim.

Sepanjang kerjaya seni Allayarham, beliau telah dianugerahkan dengan pencapaian yang luar biasa termasuk dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 bagi 2 tahun berturut-turut sekaligus mengangkat beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia.

Tidak dinafikan lagi, penghasilan aminasi seperti Usop Sontorian dan Keluang Man memberi impak dan pengajaran buat penonton. Pasti ramai yang akan merindui hasil seni dari arwah Kamaruddin Ismail. Al-Fatihah.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×