berita

Menangi Jam Tangan Eksklusif Planes

July 17th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

PLANES

Planes ialah sebuah filem animasi terbaru daripada Disney mengisahkan tentang Dusty, sebuah kapal terbang kecil yang mempunyai impian untuk berlumba di seluruh dunia.

Malangnya, Dusty bukanlah kapal terbang yang dicipta untuk perlumbaan, malah dia amat takut dengan ketinggian. Namun untuk mencapai impiannya, dia meminta bantuan daripada kapal terbang askar yang berpengalaman.

Dengan bantuan yang diterima, Dusty akhirnya layak untuk berlumba dan keberaniannya diuji apabila diberi sasaran dengan ketinggian yang amat sukar dalam perlumbaannya. Adakah Dusty akan meneruskan perlumbaan atau terpaksa menarik diri?

PLANES

Kalau anda nak tahu apa yang terjadi, nantikan ketibaan Dusty yang akan terbang ke pawagam-pawagam berhampiran anda pada 15 Ogos 2013.

Untuk pengetahuan anda, suara latar Dusty merupakan suara Dane Cook manakala suara penyampai radio Era FM, Haniff bin Hamzah akan digunakan untuk Planes versi Bahasa Melayu.

Namun bagi yang ingin memenangi pelbagai barangan eksklusif Planes, anda digalakkan untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Walt Disney dengan kerjasama OHBULAN! ini.

Untitled-1

Antara hadiah menarik yang boleh anda menangi ialah seutas jam tangan Planes untuk orang dewasa bernilai RM500, 1x set kembara Planes bernilai RM300, 1x topi Planes bernilai RM180, 2x Yo Yo berlampu Planes bernilai RM120, dan 5x butang lencana Planes berharga RM50 setiap satu.

Menarik kan? Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki hadiah-hadiah edisi terhad ini. Lengkapkan slogan di bawah & selamat mencuba!

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world’s leading questionnaire tool.

SKIP THIS AD ×