Baru saja melangsung upacara perkahwinan sebagai suami isteri selama 10 minit, doktor perubatan di Wuhan ini terpaksa bergegas ke hospital bagi merawat pesakit wabak coronavirus. Majlis yang kecil itu hanya dihadiri lima orang sahaja termasuk pasangan pengantin ini dan ibu bapa pengantin lelaki.
Majlis berlangsung hanya 10 minit
Jika mengikut adat dan tradisi perkahwinan di China kebiasaannya mengambil masa sehari untuk melangsungkan majlis itu. Menurut laporan China Times.com, perkahwinan yang berlangsung pada sebelah pagi 30 Januari 2020 itu hanya dihadiri lima orang tetamu termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan dan ibu bapa kepada pengantin lelaki. Malah, perkahwinan yang singkat itu juga bagi mengelakkan dari penyebaran virus tidak diingini.
Suami terpaksa bergegas ke hospital
Lebih memilukan lagi sebagai pasangan suami isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga, mereka belum sempat menikmati masa makan bersama. Hal ini adalah kerana si suami yang bertugas sebagai seorang doktor terpaksa bergegas ke hospital di Jinan bagi membantu pesakit coronavirus di sana.
Hanya 5 orang yang terlibat
Bukan sengaja mereka memilih untuk berkahwin dalam keadaan dan situasi seperti ini, tetapi tarikh perkahwinan itu telah ditetapkan pada 31 Januari 2020. Disebabkan wabak virus ini, mereka ingin berubah fikiran untuk menundakan tarikh perkahwinan namun, dilarang oleh orang tua. Majlis hanya berjalan secara kecil-kecilan dan tidak menjemput saudara mara kerana bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak itu.
Malah, pengantin perempuan itu tidak merasai keberatan atau kesal dengan keputusan ini. Dia juga turut membenarkan suaminya itu kembali ke hospital dan menjalankan tanggungjawab menyelamatkan pesakit coronavirus di sana.
Sumber: Chinatimes.com, The Wall Street Journal, Asia Times