Kita semua tahu bahawa pelakon jelita, Fouziah Gous telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 9 November lalu. Bayi lelaki tersebut telah diberi nama Zaheen Yusuf Bin Md Zhafran dan kini Fouziah sedang menjalani proses pantang.
Baru-baru ini, Fouziah telah memuatnaik beberapa foto di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya di Instgram. Jika dilihat daripada foto tersebut, majlis disambut meriah disamping baby baru dan suami tersayang. Namun, masih ada suara netizen yang mengkritik Fouziah kerana memakai seluar jeans dan tidak menjaga pantang.
Majlis belangsung meriah
Pakai seluar jeans
Seperti kebiasaan, Fouziah turut tidak terlepas daripada kritikan netizen apabila ada segelintir daripada mereka yang mempertikaikan cara Fouziah menjaga diri ketika berada di dalam pantang. Netizen juga mengecam tindakkan Fouziah yang memakai seluar jeans pada majlis tersebut.
Tak salah untuk kita perihatin terhadap artis kesayangan kita tetapi harus kena dengan caranya. Mungkin Fouziah telahpun mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membuat keputusan untuk memakai seluar jeans tersebut. Sebagai peminat kita haruslah doakan agar Fouziah dapat menjalani proses pantang dengan baik dan terhindar daripada sebarang masalah.
Sumber: Roti Kaya, Fouziah Gous