berita

‘Baru Je Kahwin, Tiba-Tiba Mengandung?’ – Persoal Usia Kandungan, Ini Respon ‘Padu’ Ayda Jebat Buat Netizen

June 12th, 2021 | by Shira
Isu & Kontroversi

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ayda Jebat mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suami, Nabil Mahir.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gugur

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Sah Hamil, Tak Boleh Bau Dapur & Hand Sanitizer

Tetapi lain pula yang jadinya apabila ada netizen seolah-olah mempersoalkan tentang usia kandungan Ayda Jebat.

Persoal usia kandungan Ayda Jebat

Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai satu tweet yang ditulis oleh seorang individu ini yang seakan mempersoalkan usia kehamilan Ayda Jebat dengan mendakwa penyanyi ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Januari lalu. Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sehingga tuan badan sendiri iaitu Ayda Jebat tampil memberi respon.

Aku rasa mcm ayda jebat baru je kahwin tapi ttbe ngandung dah ke senanya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?

Meskipun begitu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini dilihat langsung tidak melatah dan hanya memberikan respon ringkas sahaja dengan meminta individu terbabit membuat kiraan sendiri tentang tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini. Menurut Ayda, dia dan suami telah bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu dan hari ini (12 Jun 2021) usia kandungannya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu.

Respon Ayda Jebat

‘Cermin dan lalui kehidupan sendiri’

Tidak terhenti di situ, Ayda sempat memuat naik satu lagi perkongsian dengan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa bersyukur, cermin diri sendiri selain perlu menjalani kehidupan masing-masing.

Sumber: Ayda Jebat

SKIP THIS AD ×