berita

Baru Putus Tunang, Amyra Rosli Dah Ada Pengganti?

August 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-08-17 at 8.06.52 PM

Korang perasan tak, sejak dua menjak ni, banyak sangat berita mengenai perpisahan yang terjadi dalam industri hiburan tanah air. Kalau tak penceraian, putus tunang, takpun, putus cinta. Haa, betul tak?

Tapi, nak buat macam mana kan, kalau dah tak ada jodoh baik berpisah daripada saling menyakiti. Cewah! Haa, ni kami nak cerita mengenai pasangan selebriti yang baru putus tunang.

Siapa lagi kalau bukan Amyra Rosli dan Dazrin Kamaruddin. Kami dengar, Amyra sekarang sudah ada pengganti. Betul ke?

Artikel Berkaitan : Harap Semua Pihak Hormati Hal Peribadi Keluarga Kami – Dazrin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin

Screen-Shot-2014-08-04-at-8.58.19-PM

Terkejut juga kami apabila terbaca berita ini melalui akhbar Kosmo! di ruangan DIVA semalam, Mana taknya, setahu kami belum sampai sebulan pun pasangan ini putus tunang.

Terbaharu, telinga Diva yang macam telinga lintah ini sudah dengar satu cerita. Lihatlah Amyra Rosli sekarang, bukan main laris lagi selepas putus tunang.

Dengarnya juga Amyra Rosli pun memang sudah ada seseorang, gitulah. Eh, cepat bertukar perasaan. Betul ke? – Petikan Diva

Wah, kalau benar apa yang dikata, pantas betul Amyra mencari pengganti kan? Mungkin kerana terlalu terluka kot. Eh, pandai-pandai je kami ni.

Mungkin dah jodoh Amyra dengan orang lain kan, sebelum ini pun memang ada desas-desus mengatakan hubungan mereka dah lama berantakan.

Tak apalah, kami disini mendoakan Amyra dan Dazrin tabah dengan dugaan dan semoga mereka bertemukan dengan jodoh yang terbaik.

Kredit Foto : Instagram Amyra Rosli

SKIP THIS AD ×