Isu membabitkan pempengaruh berbakat besar, Zhiddin Aziz mengenai isu Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (APBN) Peringkat Kebangsaan dilihat seakan sudah menemui jalan penyelesaian selepas satu pertemuan telah pun diadakan bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli pada petang Rabu.
Namun begitu, timbul pula satu dakwaan yang kurang enak didengar mengenai anak pembaca berita era 90-an, Arwah Aziz Desa itu yang didakwa menciplak karya seorang jurulatih pidato yang dikenali sebagai Khairul Asfan.
Artikel Berkaitan: Adam Adli Sudah Bersemuka Dengan Zhiddin Aziz, Rungkai Isu APBN – ‘Kalau Ada Silap Jangan Simpan Dalam Hati’
Tiru bulat-bulat?
@khairulafsan Ap ni sedagha … Abis diciduknya #belia ? original sound Abu Ba – Khairul Afsan
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Khairul mendakwa Zhiddin telah menggunakan karya yang dihasilkannya sewaktu menjadi jurulatih bagi pemidato Malaysia yang menyertai pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri 2011 yang lalu.
Sewaktu saya menjadi jurulatih Malaysia pada tahun 2011, teks ini adalah karangan saya bersama dengan saudara Amirrudin yang merupakan juara dunia waktu itu.
Khairul juga dilihat berkongsi potongan video yang menunjukkan setiap bait kata yang digunakan Zhiddin sewaktu memberikan ucapan di atas pentas adalah sama seperti bait kata yang digunakan saudara Amirrudin ketika menyertai pertandingan sewaktu edisi tersebut.
Di akhir videonya itu, Khairul berpendapat sebagai seorang yang dikenali, Zhiddin sewajarnya mencipta karyanya yang tersendiri dan tidak menggunakan hasil penulisan orang lain secara bulat-bulat.
Saudara adalah orang yang dikenali, disanjung sana-sini. Lain kali ciptalah sesuatu yang asli kerana ianya adalah yang tersendiri.
Janganlah seperti Dong Shi yang meniru gaya jelitawan mengerut dahi. Bak kata pepatah, ‘Gelagah Buah Rambutan Orang Berbunga Dia Berbunga, Orang Berbuah, Dia Tidak’.
Zhiddin mohon maaf
Sedar namanya dipetik, Zhiddin kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar dan membuat permohonan maaf menerusi ruangan komen.
Menurut Zhiddin, secara jujurnya dia tidak mengetahui siapakah gerangan empunya karya tersebut dan hanyalah berniat untuk memartabatkan Bahasa Melayu di dalam karyanya.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengecam tindakan Khairul memuat naik video tersebut dan berpendapat jurulatih pidato itu sepatutnya berbangga apabila karyanya digunakan oleh golongan muda.
Namun begitu, ada juga yang mempertahankan tindakan Khairul dan membidas kecaman netizen lain dan menganggap Zhiddin sewajarnya memberikan kredit dan penghargaan kepada Khairul atas karya hebat yang dihasilkan.
Sumber: TikTok