berita

Adam Adli Jawab Isu Zhiddin Aziz Tak Menang Anugerah Di Parlimen – ‘Saya Tertanya-Tanya Bagaimana Dia Boleh Anggap Dirinya Sebagai Pemenang?’

November 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

AdamAdliTerkejutIsuZhiddinDitanyaDalamParlimen

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim tampil menjawab usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin berhubung isu Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2023.

Artikel Berkaitan: Anak Aziz Desa Tak Puas Hati Kemenangan Ikon Belia Digugurkan, Adam Adli Ajak Jumpa Selesaikan Isu

Tak pernah keluar makluman pemenang

Menerusi potongan video yang dimuat naik Awani di aplikasi X, Adam dilihat terkejut apabila perkara tersebut dibawa ke sidang parlimen pada Rabu.

Menurut Adam, dirinya bakal mengadakan pertemuan dengan Zhiddin pada petang Rabu bagi menjelaskan mengenai isu yang yang dibangkitkan pempengaruh berkenaan.

Saya agak terkejut perkara ini sampai perlu dibawa masuk ke Parlimen kerana ini bukannya perkara yang melibatkan kepentingan awam dan ia telah pun dikendalikan.

Malah untuk pengetahuan semua, hari ini (Rabu), di sini (Parlimen) yang dimaksudkan itu (Zhiddin) juga akan datang dan bertemu dengan saya.

Sekiranya yang lain nak datang turut serta, nak rakam video pun tiada masalah.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut berkata, pihak jawatankuasa pemenang tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pemakluman kepada mana-mana individu sebagai pemenang.

Cuma untuk menjawab soalan dari YB Masjid Tanah, yang pertama jawatankuasa untuk pengesahan pemenang ini, dia telah putuskan tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer dan Ikon Belia Sanjungan Budi.

Bukan hanya satu kategori, tetapi dua kategori yang tiada pemenang dan ini adalah keputusan muktamad di mana tiada calon yang memenuhi kriteria yang telah pun ditetapkan.

Kita juga tidak pernah keluarkan sebarang surat pemakluman kepada mana-mana individu sebagai pemenang. Jadi kita pun tertanya-tanya bagaimana boleh dianggap dirinya pemenang dan sebagainya.

Sebab itu kita buka ruang untuk penjelasan lebih lanjut diadakan, pertemuan diadakan dan diselesaikan secara baik.

Tambah Adam lagi, pihak kementerian juga telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab persoalan mengenai isu tersebut.

Terdahulu, pempengaruh yang merupakan anak pembaca berita era 90-an, Arwah Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz meluahkan rasa kecewanya selepas mendakwa menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur mengenai pembatalan kategori Ikon Belia menerusi hantaran di Tikok.

Menurut Zhiddin dia turut berasa kesal apabila tiada sebarang penjelasan dibuat daripada pihak penganjur kepadanya.

Susulan itu Adam memaklumkan bahawa pihaknya akan mengaturkan pertemuan bersama Zhiddin bagi merungkai serta menyelesaikan isu yang sedang dibangkitkan pempengaruh tersebut.

Sumber: Awani

SKIP THIS AD ×