berita

Baru Seminggu Kenal Di Facebook, Pelajar Tingkatan Tiga Dirogol Lelaki Berusia 32 Tahun

October 19th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Berkenalan menerusi laman sosial Facebook sehingga membawa kepada satu pertemuan antara pelajar perempuan tingkatan tiga dengan seorang lelaki berusia 32 tahun. Pertemuan tersebut akhirnya telah memakan diri sendiri selepas mangsa dirogol lelaki yang baru seminggu dikenalinya di laman sosial itu.

Keluar ke hotel

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol iaitu Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata suspek dan mangsa baru sahaja berkenalan di Facebook dan perkenalan tersebut akhirnya membawa mangsa ke sebuah hotel di Bahau.

Sebelum kejadian di hotel, mangsa terima perlawaan untuk keluar bersama suspek dengan menaiki sebuah kereta pada jam 12.00 tengah malam. Seterusnya, suspek membawa mangsa ke hotel dan bertindak merogol mangsa.

Pada jam 8 pagi suspek dan mangsa keluar hotel. Suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban. Suspek kemudian menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam.

Kesan koyakan pada kemaluan

Susulan itu, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis pada jam 6.55 petang semalam di Balai Polis Bahau. Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan siasatan mangsa tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Bahau manakala kedua ibu bapanya sudah bercerai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×