berita

‘Baru Seminggu Konon Nak Come Back ‘Dia Ni’ Yang Return Dekat Aku’

October 30th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas setahun menghilangkan diri daripada dunia hiburan, pelakon dan pengacara, Karl Shafek akhirnya tampil dalam satu program bual bicara mendedahkan dirinya menghadapi kemurungan. Menurutnya, masalah ini berpunca daripada perniagaan yang ditipu dan disantau sehingga terbaring di katil berbulan lamanya.

Artikel berkaitan: ‘Berkali-Kali Dikejarkan Ke Hospital’ – Setahun Hilangkan Diri, Karl Shafek Akui Disantau

Menerusi posting terbaru di Instagram, Karl Shafek memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan mata kiri merah akibat bernanah. Dia menyedari hal tersebut sebaik bangun daripada tidur.

Ingatkan dah boleh lega

 

View this post on Instagram

 

A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek) on

Sebab tu aku malas dan rimas sikit dengan ayat “Karl Shafek buat comeback”. Baru seminggu konon nak come back “dia ni” yang return kat aku. Dekat nak setahun dok jaga diri, jaga makan, jaga ubat, jaga kaunseling, berubat sana sini. Ingatkan aku dah boleh rasa lega empat lima bulan ni. Sekali takde warning apa-apa dia mai singgah mata kiri plak. 9 bulan lepas mata kanan. Pagi tadi bangun tido siap ada nanah dalam mata. Vision pun sebelah mata nampak putih je pas tu nampak macam ada semut merayap rayap. Padahal semalam takde apa pun. Esok lusa ni confirm dia akan kacau body system aku jadi haywire balik. Scientifiqnya, autoimmune disease yang tak recognize my own body system and keep on attacking sel-sel dalam badan seolah dia nak protect. Padahal dia attack badan sendiri. Penat tau tak. So tak payah la cari-cari aku lagi. Aku nak masuk gua balik. Tahun depan baru aku keluar semula. Sebab yang mengadapnya nanti aku sorang juga. Redha redha juga. Tapi semak tetap ada. Nak come back sangat kan. Hah hadap.

Tambah pengacara ini lagi, selepas seminggu muncul di kaca televisyen, penglihatan di sebelah kirinya mula bermasalah. Perkara sama turut berlaku di mata kanannya lebih kurang sembilan bulan lalu. Ujarnya, penglihatannya pada sebelah mata hanya nampak putih dan seakan ada semut merayap-rayap.

Semoga cepat sembuh

Di ruangan komen, para peminat mendoakan semoga Karl Shafek kembali sembuh seperti sedia kala. Mereka turut memberi kata-kata semangat mengharapkan pengacara popular ini tidak putus asa.

Sumber: Karl Shafek

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×